11 Ogos 2007

Mencetak Wang Secara Sah


Mencetak Wang Secara Sah

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera kepada yang bukan islam yang melawati laman blog saya.Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana pengunjungan anda di sini.

Tanpa membuang masa, saya ada panduan untuk dikongsikan bersama-sama anda sekarang. Anda bacalah dan ambillah manfaat darinya jika ada. Untuk pengetahuan anda, terdapat satu jenis produk yang merupakan produk paling sempurna untuk pemasaran terus atau gaya pos. Anda sungguh bertuah kerana anda berpeluang untuk belajar membuat produk yang murah, mudah dan dikawal dengan mudah melalui blog ini.

Bagaimanakah Caranya Untuk Kita Cetak Wang Setiap Hari? Mudah dan selamat dari tindakan undang-undang. Tapi ingat, saya bukanlah ingin cuba mengajar anda untuk melakukan sebotaj. Ini adalah salah satu kesalahan besar bagi setiap negara yang berdaulat. Sudah pasti saya tidak akan mengajarkan anda teknik atau rahsia yang boleh membahayakan kehidupan anda sendiri....Seperti yang anda ketahui atau sedia maklum, mencetak wang ringgit palsu merupakan satu kesalahan yang amat besar. Perbuatan ini boleh mengugat keseimbangan pengaliran ekonomi dalam sesebuah negara. Anda boleh disumbatkan ke dalam penjara sekiranya benar anda didapati bersalah melakukan jenayah ini. Hanya kerajaan sahaja yang dibenarkan mencetak wang sebanyak mana yang mereka mahu.

Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan perkara yang sebaliknya secara sah iaitu dengan menukarkan kertas biasa kepada produk maklumat yang boleh dijual. Apakah itu produk maklumat? Ianya adalah berupa buku, manual, laporan kecil, video, kaset, disket atau CD yang bermaklumat dan sebagainya. Kaset rakaman yang boleh didengari tanpa memerlukan kos pengeluaran yang tinggi untuk penghasilannya boleh juga dijadikan produk.

Apakah yang diperlukan untuk menceburkan diri dalam bisnes ini? Apa yang anda perlukan ialah maklumat yang diperlukan oleh orang lain. Hari ini, komputer peribadi dapat memudahkan lagi tugas anda untuk menyediakan produk maklumat tetapi anda juga boleh menggunakan mesin taip lama untuk menyediakan produk tersebut. Anda jangan terkejut jika saya katakan produk maklumat adalah salah satu bisnes yang cukup menguntungkan. Pasaran untuk produk ini cukup luas dan disebabkan skopnya yang begitu luas maka anda mempunyai pesaing yang kurang. Jadi, peluang untuk anda berjaya dalam bisnes ini adalah CUKUP CUKUP CUKUP CERAH.

Kebanyakan produk seperti ini berkisar mengenai hobi dan minat pada masa lapang. Contohnya, Patti Carlson memperolehi wang berjuta dollar hanya melalui bukunya yang bertajuk “Bagaimana Bermain Piano Dengan Senang” yang dijualnya melalui televisyen di Amerika Syarikat. Baru-baru ini, Robert Laughlin menjual satu kursus belajar di rumah bertajuk “ Bagaimana Memainkan Lagu Pujaan Anda Dengan Piano- Hanya 3 Jam. Atau “100 Resepi Lazat Hawai Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah” adalah satu buku kecil yang diiklankan dan dijual melalui iklan kecil di majalah wanita dan tabloid. Produk maklumat juga menjadi tarikan dalam bisnes dan pekerjaan. Joe Sabah berjaya menjual ribuan bukunya yang bertajuk “Bagaimana Mendapat Kerja Yang Anda Idamkan Dan Majikan Menelefon Anda” dengan menjadi tetamu dalam siaran radio. Ia juga merangkumi topik seperti kesihatan dan senaman, perlindungan diri dan keluarga, pelancongan, kecantikan dan fesyen.

Topik yang perlu anda tulis mestilah sesuatu yang anda tahu atau mempunyai pengalaman terhadapnya. Jika tidak anda boleh membuat kajian mengenai topik yang anda rasakan mempunyai potensi untuk dijual. John Smith merupakan seorang penceramah professional yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengiklanan, pemasaran dan jualan. Beliau juga mengetahui bagaimana untuk mendapat tempahan yang banyak daripada orang ramai. Melalui pengalaman yang sedia ada ini, beliau menulis 4 muka surat laporan istimewa dalam beberapa topik yang dikhususkan untuk penceramah-penceramah;

Bagaimana Mencari Pasaran Baru Untuk Bisnes Ceramah Anda
Bagaimana Menulis Surat Ringkas Supaya Organisasi Menelefon Anda Dengan Segera
Bagaimana Menggandakan Pendapatan Anda Dengan Menjual Produk Ceramah
17 Kesalahan Besar Dilakukan Penceramah Keatas Brosur Dan Kaset Demo


Bukan itu sahaja malah masih terdapat lebih kurang 20 topik yang beliau boleh tulis daripada subjek CERAMAH sahaja! Laporan ini beliau jual dengan harga dari $3 hingga $15 setiap satu. Setiap satu hanya beberapa muka surat dan tidak lebih daripada 10 muka surat sahaja. Beliau juga menjalankan percetakan atas permintaan. Ini bermakna beliau tidak mencetak dengan banyak atau membuat simpanan stok. Beliau menyimpan salinan asli dalam satu fail dan apabila ada pesanan ke atas sesuatu topik beliau fotostat di kedai fotostat yang berdekatan, kemudian masukan salinan ke dalam sampul surat akhirnya poskan sahaja. Melalui bisnes kecil ini sahaja yang disasarkan kepada lebih kurang 2000 penceramah beliau berjaya menghasilkan lebih kurang $11,000 sebulan untuk dirinya. Ada yang memesan satu, dua atau sepuluh laporan dari beliau. Satu laporan yang dijual sebanyak $3 hanya bermodal sebanyak $0.40 fotostat dan $0.20 untuk diposkan. Daripada $11,000, hampir keseluruhannya adalah keuntungan!

Jika anda mahu memulakan kerjaya dalam bisnes gaya pos ini, anda boleh mencontohi teknik yang telah dilakukan oleh John Smith. Dengan menggunakan kertas dan dakwat, beliau mempunyai satu cara paling mudah “mencetak wangnya sendiri”. Jangan membazirkan masa anda dengan menunggu sehingga bertahun-tahun lamanya untuk menulis sebuah produk informasi ini kemudian mencetak dengan banyaknya.Kemudian termangu-mangu kerana tiada siapa yang mahu membelinya.

Berfikir dengan lebih bijak, siapkan beberapa topik dari subjek yang anda minati. Sediakan dan simpan salinan asal dan fotostat salinan asal tersebut setiap kali jika anda pesanan untuk diberikan kepada pelanggan anda. Bukankah ini satu cara yang terbaik untuk anda mendapatkan pendapatan yang lumayan? Fikir-fikirkanlah. Anda yang menentukan masa depan anda. Di mana anda berada dan siapa anda kelak. Nantikan panduan berikutnya dari saya beberapa hari lagi. Jika anda ingin mendapatkan tips-tips menambah kewangan atau pendapatan, maka blog saya ini adalah salah satu caranya untuk anda. Sekian dahulu dari saya Mohamad Mustakhim Ismail.Selamat Mencuba Sehingga Anda Berjaya. Jumpa lagi di lain hari.



Tiada ulasan: