18 Ogos 2007

Memperolehi RM 10,736 Dengan Mengutip Barang Terpakai / Lama Di Rumah Anda

Assalamualaikum semua..Apa khabar?Hari ini saya ingin sekali lagi berkongsi dengan anda rahsia kuno yang biasa untuk menjana pendapatan anda hingga dikatakan luar biasa. Saya Mohamad Mustakhim mengatur langkah dan kiranya ada kesilapan saya menyusun sepuluh jari memohon maaf dan tunjuk ajar yang sebenarnya..

Sahabat, jika anda menjadi seperti kebanyakan daripada kami, anda mungkin boleh mengeledah dan mencari sesuatu barang yang sudah lama tersimpan di rumah anda. Sama ada ianya kepunyaan atau pemberian ibu anda, nenek anda, mak long anda atau sesiapa sahaja. Mungkin barangan tersebut sudah lama tersimpan dan berlapuk atau berdebu di dalam almari, fail dan tempat simpanan barang. Mungkin ibu anda sudah lupa dan anda terjumpa ‘ harta ’ tersebut . Apakah maknanya ?

Anda mungkin tertawa dan hampir tidak percaya apabila diberitahu sekarang. Apa yang dimaksudkan adalah perkara biasa, ianya adalah SEJENIS RESEPI LAMA. Mungkin resepi kuih-muih, resepi masakan lauk-pauk, makanan tradisional dan sebagainya. Mungkin selama ini anda berpandangan bahawa benda-benda seperti tidak ada nilainya atau tiada siapa yang menginginkannya.

Anda mungkin tersilap besar kerana masih ramai orang yang mahu mengetahuinya. Malah anda boleh pula memperolehi ganjarannya yang lumayan apabila memberitahu kepada orang lain. Anda boleh memperolehi wang yang sangat banyak dengan menjualnya.

Mungkin resepi yang anda miliki itu sudah berusia bertahun-tahun, mungkin berpuluh tahun. Adakah anda tahu bahawa dengan mengiklankannya di tempat yang betul akan menjadikannya seperti goreng pisang panas di mana ramai orang yang akan membelinya. Dengan hanya membuat iklan kecil di dalam majalah atau akhbar mingguan ianya boleh mendatangkan hasil yang lumayan.

Majalah untuk wanita dan akhbar mingguan yang luas pengedarannya yang mungkin berpuluh ribu seminggu atau sebulan boleh menghasilkan pulangan lumayan kepada anda jika membuat iklan di dalamnya.

Walaupun hanya satu atau dua peratus sahaja jumlah pembaca yang membelinya daripada ribuan atau jutaan pembaca ianya sudah boleh menghasilkan pendapatan yang sangat besar kepada anda. Saya Mohamad Mustakhim Ismail memohon komen dan tunjuk ajar dari anda sahabat semua tentang maklumat dalam blog saya demi kemajuan bersama di hari mendatang. Jumpa lagi…

Tiada ulasan: