20 Ogos 2007

Memperolehi Sehingga RM750 Sehari Dengan Membaca Iklan Di Akhbar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua. Saya Mohamad Mustakhim Ismail mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan anda semua. Apa khabar anda semua sekarang? Bagaimana dengan kehidupan anda hari ini? Erm walau apa pun jawapannya, saya berharap sahabat semua berusahalah sehingga berjaya dan jangan mudah berputus asa. Setiap kejayaan yang kita dapat adalah setimpal dengan usaha kita. Lagi banyak kegagalan yang kita hadapi, lagi banyak ilmu dalam dada kita untuk menempa kejayaan yang kita impikan. Tanpa sebarang kegagalan, seseorang itu masih belum dapat dikatakan telah berjaya dalam hidup. Renungkanlah kata-kata saya ini sahabat.....

Sahabat, hari ini saya ada sesuatu untuk dikongsikan dengan anda semua. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya…

Sahabat sekalian, adakah anda tahu bahawa anda boleh memperolehi wang yang banyak hanya dengan membaca iklan rampaian atau klasifikasi dalam akhbar harian? Dengan membuat serta melakukan pemerhatian yang betul dan tepat kepada iklan-iklan tersebut akan menjadikan anda lebih cekap mengenai siapakah yang mahu menjual barang-barang mereka. Contohnya seperti perkakasan, barang antik, kereta, rumah dan apa sahaja.

Anda juga akan menemui siapakah yang mahu membeli barang-barang seperti itu. Rahsia pendapatan yang lumayan ini ialah dengan menggunakan iklan-iklan pendek tersebut sebagai salah satu peluang untuk mencari dan menemukan antara pihak yang mahu menjual kepada pihak yang mahu membeli atau sebaliknya.

Rahsianya ialah dengan membuat tindakan yang cepat dan anda mestilah bersedia untuk menghubungkan antara pembeli dan pihak penjual sebelum mereka sendiri bertemu antara satu sama lain tanpa bantuan daripada anda.

Jika anda berasa seronok dan gembira untuk melakukan perkara tersebut, cara ini merupakan satu peluang yang sungguh MENAKJUBKAN. Bekerja dalam bidang ini seolah-olah melakukan pekerjaan sebagai seorang penyiasat persendirian tetapi anda bekerja untuk mendapatkan klu (bayangan) mengenai apa yang orang miliki, ataupun apa yang mereka mahukan. Selalunya perkara ini agak rumit untuk dijalankan pada peringkat awal kerana anda tidak mempunyai pengetahuan dalam perkara ini.

Anda perlu belajar dan berlatih setiap hari untuk menceburi bidang ini. Tetapkan dalam fikiran anda bahawa setiap kali anda mengaturkan perjanjian, anda sedang membina reputasi anda sendiri sebagai seorang yang pakar mengenai perkara tersebut.

Akhirnya anda akan mempunyai kerjaya yang stabil dengan mempunyai pelanggan yang sentiasa berada dalam pasaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan. Keuntungan yang anda perolehi dengan mengaturkan jualan antara pelanggan tersebut mungkin ada yang tinggi dan mungkin ada yang rendah, semuanya bergantung kepada jenis barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan dan diperlukan. Walau bagaimanapun, ini akan memberikan aliran wang tunai yang segera kepada anda.

Apabila mereka telah mengenali anda, mereka ini akan menemui anda terlebih dahulu sebagai pilihan utama untuk mencari barang-barang atau perkhidmatan yang mereka perlukan. Perkhidmatan yang anda tawarkan akan menjadi jalan pintas kepada proses masa dan ia sangat berkesan bagi pengiklanan seperti ini.

Membuat perhubungan adalah satu perkara utama dan terpenting dalam hal ini. Dengan mengetahui atau mengenali individu tertentu, akan memudahkan kerja anda untuk berurusan dengan kedua-dua belah pihak ini. Ini akan memasukkan wang ke dalam poket anda dengan lebih cepat lagi.

Untuk perkhidmatan anda itu, anda boleh mengenakan bayaran pengaturan sebagai upah bagi usaha anda itu. Dengan itu, anda tidak akan terlepas peluang menerima bayaran apabila bayaran bertukar tangan. Anda boleh mengambil upah terlebih dahulu atau menerima bayaran pendahuluan (deposit). Anda perlu mengaturkan semua urusan pertemuan antara pihak penjual dengan pembeli dan anda sudah boleh menerima bayarannya. Jika anda banyak berjalan keluar kawasan, pelajarilah iklan-iklan klasifikasi walau ke mana jua anda pergi.

Anda mungkin akan menemui barangan yang mempunyai nilai jualan yang besar di kawasan tersebut. Jika anda tidak boleh mengaturkan pertemuan antara kedua pihak kerana disebabkan jarak yang jauh, anda mungkin boleh membeli barangan tersebut dengan harga yang murah dan menjualnya semula dengan harga yang mana anda boleh mendapat keuntungan yang lumayan. Tetapi ini harus sesuai dengan harga barangan sama ada ia masih baik, berkualiti ataupun tidak. Anda boleh memperolehi pendapatan yang sangat lumayan dengan cara ini.

Kami mengetahui individu yang telah sangat berjaya menggunakan kaedah ini sehingga beliau mampu hidup mewah dan memiliki kereta Mercedes dari model terkini (lampu bulat) . mengapa tidak mencubanya mulai sekarang. Anda boleh belajar secara kecil dan ia tidak perlukan modal kerana anda hanya perlukan kontek dan bijak bercakap serta sedikit wang untuk perbelanjaan sendiri.

Sampai di sini dahulu untuk perkongsian kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu dan ketika. Saya Mohamad Mustakhim Ismail ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan sahabat semua. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Sekian.

Tiada ulasan: