13 Ogos 2007

Rahsia Mencipta Produk Yang Murah Dan Memperolehi Keuntungan Dari 500% - 3000%


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda di atas kesudian anda mengunjungi laman blog saya. Bertemu kita sekali lagi dalam satu-satunya laman blog yang memberi informasi yang amat bernilai kepada anda secara percuma tentang idea, kaedah dan tips-tips untuk anda bebas menjana wang dalam kehidupan anda. Saya Mohamad Mustakhim Ismail sedia berkongsi dengan anda pelbagai maklumat berguna secara percuma untuk menarik wang banyak secara bebas dalam kehidupan umpama air sungai yang mengalir.

Apakah itu produk yang mudah untuk dibuat atau dicipta dengan hanya menggunakan kos yang murah tetapi berupaya menghasilkan keuntungan atau pulangan yang amat tinggi. Malah tidak perlu pula sama sekali menyimpan stok barangan untuk dijual. Bagaimana untuk memperolehi keuntungan dari 500% hingga 3000% . Ia sama juga dengan 5 hingga 30 kali ganda daripada kos pengeluarannya. Sangat jarang dalam mana-mana perniagaan yang boleh menghasilkan keuntungan yang tinggi seperti ini. Jika ada pun ia memerlukan banyak kos sampingan seperti kos peralatan, tenaga kerja kilang, bahan mentah dan sebagainya. Malah dengan menggunakan sistem atau kaedah ini anda boleh menghasilkan produk anda sendiri tanpa perlu menggunakan sebarang kos berupa wang dan sebagainya . Bahan yang diperlukan hanyalah IDEA atau BUAH FIKIRAN sahaja. Selain dari itu anda cuma hanya memerlukan kertas dan juga pen . Inilah sahaja bahan-bahan asas dan utama yang diperlukan untuk menghasilkan produk anda itu nanti.

Apakah produk yang dimaksudkan itu?

Produk yang dimaksudkan itu ialah INFORMASI@MAKLUMAT . Tahukah anda apa itu maklumat ? Maklumat adalah perkara yang digunakan dan diperlukan oleh manusia dalam setiap aspek kehidupan. Tidak ada manusia yang hidup tanpa menggunakan sebarang maklumat atau informasi di dalam kehidupan mereka seharian . Maklumat terbahagi kepada pelbagai jenis. Ada yang sangat penting , sederhana penting, kurang penting dan tidak penting. Jika anda mahu mendapat keuntungan yang tinggi, umpamanya dari 500% hingga 3000%, pilihlah hanya produk INFORMASI yang PENTING sahaja.INFORMASI atau maklumat yang penting ialah maklumat yang sangat dikehendaki oleh orang ramai yang mempunyai PASARAN MELUAS. Dengan menawarkan maklumat penting seperti ini sudah tentu akan memberikan hasil atau pulangan yang tinggi. Itulah RAHSIA ASAS.

Apakah Itu Maklumat Yang Penting ?

Maklumat yang penting dan dikehendaki oleh orang ramai ialah maklumat yang boleh membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh orang ramai. Umpamanya jika seseorang itu mempunyai masalah kesihatan , anda perlu menawarkan maklumat yang boleh membantu mengatasi masalah kesihatan mereka.Jika seseorang menghadapi masalah mencari pekerjaan , anda perlu menawarkan cara-cara dan teknik untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan. Begitu juga jika seseorang itu menghadapi masalah kecantikan, masalah dalam perhubungan suami isteri dan pelbagai jenis lagi masalah yang dihadapi oleh seseorang. Maklumat tersebut boleh ditawarkan di dalam pelbagai bentuk seperti ubat-ubatan, kaunseling, dalam bentuk dokumentari atau rencana bergambar dalam bentuk penulisan atau bahan bercetak, pita kaset, pita video dan sebagainya. Bagi mengeluarkan atau menghasilkan sendiri produk seperti ini sebaiknya anda pilihlah cara yang TERMUDAH , TERMURAH DAN SELAMAT.

Apakah Itu Produk Mudah, Murah dan Selamat Serta Bagaimanakah Menghasilkannya ?

Produk yang murah dan mudah untuk dihasilkan ialah dalam bentuk bahan bercetak dan bertulis. Ia boleh dicetak di atas kertas kemudian disimpan dalam kaset, CD ROM, pita kaset, pita video dan lain-lain. Jika dibuat salinan pendua (fotostat) ini mungkin hanya mengandungi 3 hingga 25 muka surat sahaja. Jika satu muka surat kos mencetaknya hanyalah RM0.05 sen, ini bermakna kos pengeluaran hanyalah di antara RM0.15 sen hingga RM1.25 bagi satu produk. Jika dalam bentuk DISKET KOMPUTER 3.5’’ , kosnya hanya antara RM0.50 sen hingga RM1.20 sahaja. Jika dibuat dalam bentuk CD ROM, kosnya hanya antara RM0.80 sen hingga RM5.00. Jika dalam bentuk kaset, kosnya antara RM1.00 hingga RM3.50. Jika anda sudah memiliki MAKLUMAT@INFORMASI yang dimaksudkan , anda tidak perlu menyimpan sebarang stok dan melonggokkan semua wang anda di situ. Itu cara lama dan membazir sahaja. Cara selamat yang lain ialah menggunakan kaedah PRINT ON DEMAND jika dalam bentuk bahan bercetak di atas kertas. Anda hanya perlu menyimpan salinan MASTER COPY sahaja. Jika dalam bentuk disket komputer anda hanya perlu COPY ON DEMAND iaitu hanya perlu membuat salinan baru ke dalam disket 3.5 inci terus dari cakera keras atau hard disk drive anda. Jika dalam bentuk CD ROM bentuknya adalah sama seperti menggunakan disket komputer. Hanya perlu dikeluarkan , dicetak dan disalin apabila ada permintaan sahaja. Jadi anda tidak perlu menyimpan apa-apa stok. Jika dibuat dalam bentuk pita kaset , anda hanya perlu menyimpannya dalam MASTER TAPE sahaja , kemudian jika ada permintaan barulah anda menyalinnya ke dalam pita kaset lain yang masih kosong dengan menggunakan perakam radio kaset dalam rumah anda. Pada masa ini, hampir setiap orang memiliki perakam radio kaset di rumah. Jika tidak pernah anda gunakan, maka sekaranglah masa untuk anda memanfaatkannya demi kebaikan anda.

Bagaimana Memperolehi Keuntungan 500% hingga 3000% ?

Ini adalah masa yang sangat dinanti-nantikan. Untuk memperolehi keuntungan setinggi ini, peranan yang paling penting sekali adalah dengan meninjau-ninjau keadaan pasaran. Produk apakah yang telah sedia ada di pasaran dan mampukah produk anda menarik minat orang ramai. Rahsia utama untuk memperolehi keuntungan yang tinggi ialah bagaimanakah caranya anda meletakkan harga kepada produk anda itu. Jika produk anda itu dihasilkan anda dengan kos sebanyak RM2, anda boleh menjualnya dengan harga antara RM20 hingga RM60 setiap satu. Jika kos pengeluaran seperti mencetak , menyalin ke dalam disket, menyalin ke dalam CD ROM kosnya adalah RM0.80 sen bagi satu keping DISKET dan CD ROM –W anda boleh menjualnya dengan harga yang tinggi sebanyak 10 hingga 30 kali ganda dari harganya.

Jika sehari anda boleh menjual 5-10 naskah panduan berupa INFORMASI/ MAKLUMAT yang kosnya hanya RM0.80 sen dan anda menjual dengan harga RM20 – RM30, pendapatan anda ialah dari RM200 hingga RM300 SEHARI. Itulah kelebihan menjual produk dalam bentuk INFORMASI@MAKLUMAT. Walaupun ada saingan , anda masih selamat kerana produk anda adalah milik anda dan anda yang mengawalnya sendiri. Anda boleh keluarkannya sendiri dengan cara yang amat mudah. Sekian daripada saya pada kali ini dan Selamat Mencuba sehingga berjaya. Saya mendoakan kejayaan anda. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari. Nantikan idea hebat dari saya selepas ini….. Saya Mohamad Mustakhim Ismail amat mengharapkan sokongan dari anda. Sila kunjungi lagi laman blog ini bagi mendapatkan informasi berguna secara percuma.
SEKIAN..., TERIMA KASIH di atas kunjungan anda.

Tiada ulasan: