18 Ogos 2007

Rahsia Menukar Hobi Dan Kemahiran Kepada Wang Lumayan Setiap Bulan

Assalamualaikum semua, Saya Mohamad Mustakhim Ismail mengharapkan anda semua berjaya dalam hidup dan mengecapi semua impian hidup anda...Dalam laman blog ini anda akan perolehi pelbagai maklumat hebat yang bernilai beribu dollar malah mungkin akan mencecah jutaan dollar kelak secara Percuma..Apa yang saya ingin kongsikan dengan anda sekarang? Teruskan pencarian anda dalam laman ini...

Sahabat sekalian yang dihormati, orang yang telah berjaya membina kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada minat dan kebolehan mereka untuk melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat. Bayangkan bagaimanakah perasaan anda apabila anda disuruh melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak minat untuk melakukannya. Sudah tentulah hasil yang anda perolehi tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak sempurna dan selesai. Oleh itu tidak hairanlah jika anda mendapati ramai orang sering bertukar-tukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut . Mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan jiwa dan minat mereka.

Ada juga sebilangan besar manusia melakukan kerja yang mereka tidak sukai hingga ke akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak berlaku perubahan. Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya dalam kehidupan anda, sudah tentulah anda sepatutnya memilih bidang kerjaya yang anda minati. Contohnya berniaga. Anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu anda sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tidak berpengalaman sebelum ini dalam bidang yang anda ceburi.

Walau bagaimanapun, perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Malahan anda juga boleh menjadikan apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung. Contohnya anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.

Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir. Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.

Jika anda seorang mekanik,anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang jurueletrik. Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tuisyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan, mengadakan kertas kerja dan kursus. Jika anda seorang jurufoto, anda juga boleh mengadakan kelas dan kursus fotografi.

Jika anda seorang peladang, petani, penternak anda boleh mengadakan satu program lawatan ke ladang , pusat ternakan sebagai satu pakej pelancongan. Jika anda seorang penulis, anda boleh mengadakan khemah kerja, kursus penulisan dan sebagainya. Jika anda seorang pemandu, anda boleh mengadakan kursus pemanduan berhemah. Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan, mengadakan seminar perniagaan, pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.

Jika anda seorang penulis pelan anda boleh mengambil upah melukis pelan rumah, mengajar melukis pelan dan lain-lain. Jika anda seorang akauntan , anda boleh mengambil upah perakaunan daripada syarikat-syarikat kecil. Jika anda seorang peguam, anda boleh mengambil upah untuk khidmat berbagai perkara dalam bidang guaman. Jika anda seorang penyanyi, anda boleh mengadakan bengkel atau kelas vocal, mengadakan pertandingan nyanyian dan sebagainya. Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud dalam diri sendiri.

Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja hobi dan kemahiran, anda boleh temuinya jika anda menjadikannya sebagai satu peluang perniagaan. Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu, anda masih mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan menjadikannya sebagai satu bidang perniagaan. Anda boleh mengambil kontrak secara kecil-kecilan dahulu. Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba. Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.

Anda boleh melihat dan mengambil sedikit petua daripada cerita ini nanti. Dulu (7-8 tahun) kawan saya adalah seorang yang tidak mempunyai apa-apa lagi setelah kerugian besar dalam saham dan perniagaannya. Ketika itu umurnya baru 27 tahun dan tidak mempunyai pendidikan yang tinggi . Kawan saya ini banyak terdedah dengan dunia perniagaan kecil-kecilan dan pernah bercita-cita untuk memiliki sebuah perniagaan yang besar. Malah kawan saya sanggup bekerja dalam tempoh yang agak panjang untuk mengumpul wang. Malangnya, kawan saya telah tertipu dalam pasaran hadapan dan semua simpanan hasil dari penat lelahnya habis begitu sahaja. Akhirnya setelah bosan berhempas pulas bekerja, kawan saya telah memikirkan cara untuk mencari wang dengan lebih mudah lagi, walaupun bunyinya agak asing dan luar biasa namun ini bukan perkara mustahil untuk dilakukan. Kawan saya telah mendapat satu idea setelah membaca sebuah buku bertajuk ‘ THE LAZY WAY TO A MILLIONS ’.

Tajuknya amat memikat hati kawan saya untuk membelinya walaupun harganya agak mahal iaitu lebih daripada seratus ringgit, bahkan halangan yang paling besar bagi kawan saya ialah dia tidak fasih berbahasa Inggeris. Tetapi kawan saya tetap mahu mencuba, dan setelah selesai membaca buku tersebut kawan saya telah mendapat satu idea melalui salah satu hobi iaitu fotografi. Kawan saya pun mencari bahan menulis tip-tip atau panduan mencari wang melalui bidang fotografi. Kawan saya hanya menulis dalam bentuk mudah sebanyak 4-5 muka surat sahaja dan menjualnya secara pos.

Percubaan tersebut telah mendapat sambutan yang agak baik juga dan dari situlah kawan saya tadi telah mendapat banyak lagi idea untuk menulis dan melalui pembacaan dan pengalaman kawan saya selama beberapa tahun sekarang dia sudah mahir untuk menulis mengenai pelbagai perkara dalam bidang perniagaan dan yang berkaitan dengannya. Malah kawan saya tadi sudah boleh menulis beberapa panduan setebal 2 hingga 10 muka surat dalam masa beberapa jam sahaja . Jika dia menjual dengan harga RM20 sahaja untuk satu panduan ini sudah memadai. Bahkan bukan mustahil untuk menjual sehingga beberapa ratus naskah dalam sebulan. Dari dulu lagi kawan saya telah menjual beberapa ratus naskah buku setiap bulan dan memperolehi pendapatan yang begitu lumayan dengan hampir tidak melakukan sebarang pekerjaan kerana dia telah mengupah (membayar gaji) orang lain untuk membuat kerja-kerja tersebut.

Jadi sebenarnya anda boleh meniru cara kawan saya ini melakukan dan mengubah idea-ideanya menjadi satu panduan bercetak dan menjualnya secara pos. Untuk menulis bukannya sukar sangat kerana anda hanya perlu menulis apa yang anda fikirkan dan menyemaknya semula kemudian. Saya sendiri hanya menulis di atas meja makan di rumah saya menggunakan komputer buku (note book computer) . Dulu semasa saya tiada komputer saya mengupah orang lain untuk menaipkannya.

Setelah saya mampu membeli sebuah komputer dan belajar menggunakan komputer melalui buku-buku, kerja-kerja menulis telah menjadi semakin mudah dan saya boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja. Walaupun belum menjadi jutawan tetapi hidup saya begitu menarik dan rileks. Anda juga boleh mengecapi kehidupan yang hebat ini kelak. BERTINDAKLAH SEKARANG !! Saya Mohamad Mustakhim Ismail mengharapkan terus sokongan anda..Sila kunjungi saya lagi di laman ini...Sekian terima kasih sahabat.....

Tiada ulasan: