20 Ogos 2007

Pelaburan Dijamin Halal & Untung 100%

Assalamualaikum sahabat, hari ini saya Mohamad Mustakhim Ismail sukacitanya ingin berkongsi dengan sahabat semua satu ilmu yang amat berharga dan semoga bermanfaat kepada kita semua.

Di sini saya ada menyenaraikan beberapa bentuk pelaburan yang akan memberi pulangan kepada anda untuk satu jangka masa panjang (Long-Term Investment):

1. Anda berikan al-Quran pada seseorang yang anda kehendaki dan setiap kali al-Quran itu dibaca, anda akan mendapatkan hasanah.

2. Anda sumbangkanlah sebuah atau lebih kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda akan mendapat hasanah. Kalau tidak mampu, anda sedekahlah sejadah dan telekung ke masjid-masjid.

3. Anda boleh jua berkongsi bahan-bahan bacaan yang bermanfaat atau berciri ilmiliah dengan seseorang.

4. Anda bantulah mendidik dan mengajar seorang anak.

5. Anda ajarkanlah seseorang itu sebuah doa. Pada setiap kali murid anda membaca doa ajaran anda itu, anda akan mendapat hasanah.

6. Anda belilah CD Quran atau Doa kemudian kongsikanlah dengan sesiapa saja.

7. Anda libatkanlah diri anda dalam pembangunan sesebuah masjid.

8. Buanglah duri, ranting, kayu atau apa-apa sahaja yang menghalang perjalanan orang awam.

9. Anda tanamlah sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda akan mendapat hasanah.

10. Kemudian, anda sebarkanlah pesanan ini kepada orang ramai. Sekiranya seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, anda juga akan mendapat hasanah sampai ke hari Qiamat. Jika anda tidak menyebarkan pun tidak mengapa..sekurang-kurangnya anda dapat ambil manfaat daripadanya...Saya Mohamad Mustakhim Ismail mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anda semua sahabat-sahabat saya sekalian.Sekian dan jumpa lagi…

Jadilah Pelabur Yang Bijak..

Tiada ulasan: