20 Ogos 2007

Rahsia Bagaimana Memenuhi Peti Surat Anda Dengan Wang Setiap Hari

Assalamualaikum sahabat semua. Bertemu kita sekali lagi dalam laman blog yang penuh berinformasi, bernilai tinggi dan jika digunakan dengan betul, segala maklumat dalam blog ini mampu menjana wang dalam kehidupan kita dengan bebasnya seperti air sungai yang mengalir tanpa henti. Saya Mohamad Mustakhim Ismail menyusun kata...

Sahabat, tahukah sahabat semua RAHSIA bagaimanakah caranya memenuhi peti surat anda dengan wang setiap hari ataupun wang akan DI HANTAR sehingga ke hadapan pintu rumah anda oleh posmen.? Mungkin anda tidak pernah mendengarnya dan sukar untuk andamempercayai perkara ini tetapi dengan menggunakan beberapa cara anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan di rumah yang mana mungkin akan melebihi pendapatan anda sekarang.

Malah untuk mendapatkan wang di rumah dengan kaedah ini juga anda tidak perlu meletakkan jawatan ataupun berhenti kerja kerana ini boleh dilakukan hanya dengan beberapa jam sahaja dalam seminggu. Anda mungkin hanya memerlukan masa selama 1 hingga 2 jam seminggu sahaja dan ini sudah memadai. Mungkin ini adalah salah satu caranya yang mudah untuk mencari wang atau berniaga di rumah .

Baiklah, tanpa membuang masa lagi marilah mempelajari cara untuk melakukannya. Sama ada anda mahu memperolehi wang tambahan sedikit untuk menambah ekonomi keluarga ataupun anda mahu menikmati hidup yang mewah sedikit, itu adalah hak anda, apa yang penting anda perlu mempelajari cara mudah ini sekiranya anda ingin mencari wang tambahan dalam hidup anda. Mencari wang di rumah memang mudah bagi mereka yang mengetahuinya, tetapi agak asing bagi mereka yang selama ini hanya tahu bekerja dengan orang lain sahaja atau makan gaji.

Istilah ini boleh dikatakan, makan dulu baru dapat gaji. Namun dengan kaedah perniagaan ini anda boleh menerima wang setiap hari yang jumlahnya boleh anda tentukan sendiri. Kaedah mencari wang dari rumah memang banyak, jumlahnya mungkin beratus-ratus tetapi saya hanya ingin menerangkan SATU KAEDAH yang paling mudah.

Rahsianya ialah menjual melalui POS. Memang banyak sekali barang yang boleh dijual melalui pos, terdapat beribu-ribu jenis barangan daripada pensil, pakaian , lukisan, barang kraf, hinggalah kepada barangan yang besar seperti komputer. Tetapi saya ingin menerangkan hanya satu jenis barangan atau perkhidmatan sahaja di sini. Cara yang dimaksudkan ialah MENJUAL MAKLUMAT BERCETAK secara pos. Apakah maklumat bercetak ?

Maklumat ialah berupa sesuatu perkara yang diperlukan oleh semua manusia kerana semua perkara adalah maklumat. Contohnya isu semasa, berita , pelajaran, masakan, hobi, pakaian, fesyen, teknik, petua-petua dan macam-macam lagi . Seperti panduan yang anda baca sekarang, ia juga merupakan satu maklumat yang mana anda sanggup ‘ membayar ’ untuk memilikinya. Namun itu sekiranya anda mencarinya di laman lain. Di laman ini anda akan memperolehinya secara percuma sahaja.

Ianya hanya perlu ditulis sama ada anda mendapatkan kisah, cerita, kaedah melalui saudara mara, pembacaan ataupun dengan membuat penyelidikan sendiri, yang penting maklumat yang anda ada itu memang menarik untuk dibaca. Dengan itu ia boleh diulang cetak dan dijual kepada orang lain dengan harga yang lumayan. Maklumat-maklumat tersebut tidak semestinya berupa sebuah buku, majalah ataupun akhbar.

Maklumat tersebut mungkin hanya berasal daripada satu perkataan sahaja. Mungkin perkataan tersebut amat bermakna untuk membuat hidup seseorang menjadi bertambah baik, bahagia dan berjaya . Contoh perkataan keramat ialah seperti WANG, RAHSIA, BERJAYA. Dengan perkataan WANG ini anda boleh menghuraikan cara-cara memperolehi banyak wang.

Sesiapa sahaja yang berakal akan menjadi amat sensitif dengan perkataan seperti ini. Kita hidup di dunia yang mana didiami juga oleh berjuta-juta manusia yang mempunyai pelbagai keperluan dan keinginan bahkan jika boleh semua yang ada mahu dimiliki. Sekarang anda boleh belajar bagaimana anda boleh meukar keinginan dan pengetahuan anda itu menjadi wang . Tanpa keinginan semua perkara atau benda itu tadi tidak boleh dicipta.

Jika anda ada pengetahuan tertentu contohnya seperti menaip, menjahit, menyanyi, memasak, berniaga, berceramah, menulis, mengajar, memandu, bermain alat muzik, berlakon dan bermacam-macam lagi anda boleh menuliskan perkara tersebut di sini mungkin memerlukan berpuluh-puluh helai kertas. Cuba KENAL PASTI apa yang anda ketahui dan minati.

Buat sedikit penyelidikan dan tuliskan di atas kertas, kumpulkan maklumat berkaitan dan jika anda sudah berpuas hati bolehlah anda taipkannya dengan kemas . Jika anda tidak mempunyai komputer atau mesin taip, anda cubalah mendapatkan khidmat ini daripada kawan-kawan anda. Mungkin anda boleh mendapat khidmat percuma daripada mereka. Berikan tajuk menarik menggunakan perkataan seperti RAHSIA, HEBAT, PELUANG, WANG dan sebagainya. Anda mungkin seorang ibu, atau suri rumah dan anda boleh bercakap mengenai teknik menjaga bayi, petua-petua kesihatan, masakan atau cara-cara menggubah bunga.

Semua orang memang ada SESUATU yang mereka tahu . Kita hanya perlu menggunakan apa yang telah kita ada sahaja itupun sudah mencukupi. Kita selalunya hanya mencari-cari di luar tetapi tidak di dalam diri sendiri. Jika anda sudah menyiapkan tulisan anda itu, ia sudah boleh dicetak sama ada dengan cara fotokopi atau sebagainya. Anda perlu faham di dunia ini memang terdapat ramai orang yang mempunyai keinginan dan minat yang sama seperti kita.

Oleh itu, kita boleh menjadi pembekal maklumat kepada mereka dengan menjual maklumat yang kita ada. Maklumat anda itu mungkin ada hanya 2 muka surat sahaja . Itu tidak menjadi hal yang penting maklumat anda itu samada berguna atau tidak kepada mereka. Anda boleh menjual dengan harga RM10 atau RM20 , itu hak anda. Anda boleh menentukan sendiri nilainya. Untuk menjual maklumat anda tidak sukar kerana anda boleh mengiklankannya di dalam akhbar atau majalah tempatan.

Modalnya juga kecil hanya antara 20 hingga 100 ringgit malaysia sahaja untuk sekali iklan. Jika anda mahu menceburi perniagaan ini secara serius, anda hanya perlu mendaftarkan perniagaan anda dengan pejabat pendaftaran perniagaan dan dikenakan bayaran sebanyak RM50 sahaja . Cari nama perniagaan yang menarik dan sesuai , buka akaun bank, buat iklan , sediakan katalog jualan yang menyenaraikan harga jualan (panduan) maklumat anda itu. Balas dengan segera.

Pelajari sedikit demi sedikit. jika anda tekun dan tidak putus asa, akhirnya anda pasti boleh berjaya. Iklankan secara berterusan (gandakan iklan) . Laburkan semula wang anda untuk membuat lebih banyak iklan . Jika anda menyewa peti surat ia akan dipenuhi dengan surat dan juga pesanan yang mengandungi wang. Begitu juga jika anda menggunakan alamat rumah, posmen akan menghantar semua surat-surat sehingga di depan pintu rumah anda dan sebahagiannya pula merupakan pesanan untuk meklumat yang mengandungi wang pos, cek, wang tunai yang mana jumlahnya mungkin sehingga beribu ringgit sehari.

Jika anda banyak membuat iklan sudah tentu pesanan yang akan anda terima juga akan berterusan dan semakin meningkat dan banyak. Sanggupkah anda membiarkan wang yang begitu banyak terlepas begitu sahaja setiap hari apatah lagi keadaan sekarang yang mana anda sudah tahu cara untuk mendapatkannya. Itulah caranya untuk menukar atau pun menjadikan peti surat anda dipenuhi wang setiap hari. Mengapakah anda tidak mahu mencubanya sekarang? Berfikirlah dengan lebih bijak. Jangan lepaskan peluang di depan mata.

Sekian dahulu dari saya Mohamad Mustakhim Ismail. Sekiranya ada salah dan silap saya, saya mohon maaf yang tidak terhingga dari sahabat semua.. Sahabat, betulkanlah saya kiranya saya silap dan ajarilah saya kiranya sahabat merasakan ilmu saya masih terlalu cetek. Teruskanlah menyokong saya sahabat semua kerana tanpa sahabat sekalian, siapalah saya...

Tiada ulasan: