20 Ogos 2007

Rahsia Bagaimana Memenuhi Peti Surat Anda Dengan Wang Setiap Hari

Assalamualaikum sahabat semua. Bertemu kita sekali lagi dalam laman blog yang penuh berinformasi, bernilai tinggi dan jika digunakan dengan betul, segala maklumat dalam blog ini mampu menjana wang dalam kehidupan kita dengan bebasnya seperti air sungai yang mengalir tanpa henti. Saya Mohamad Mustakhim Ismail menyusun kata...

Sahabat, tahukah sahabat semua RAHSIA bagaimanakah caranya memenuhi peti surat anda dengan wang setiap hari ataupun wang akan DI HANTAR sehingga ke hadapan pintu rumah anda oleh posmen.? Mungkin anda tidak pernah mendengarnya dan sukar untuk andamempercayai perkara ini tetapi dengan menggunakan beberapa cara anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan di rumah yang mana mungkin akan melebihi pendapatan anda sekarang.

Malah untuk mendapatkan wang di rumah dengan kaedah ini juga anda tidak perlu meletakkan jawatan ataupun berhenti kerja kerana ini boleh dilakukan hanya dengan beberapa jam sahaja dalam seminggu. Anda mungkin hanya memerlukan masa selama 1 hingga 2 jam seminggu sahaja dan ini sudah memadai. Mungkin ini adalah salah satu caranya yang mudah untuk mencari wang atau berniaga di rumah .

Baiklah, tanpa membuang masa lagi marilah mempelajari cara untuk melakukannya. Sama ada anda mahu memperolehi wang tambahan sedikit untuk menambah ekonomi keluarga ataupun anda mahu menikmati hidup yang mewah sedikit, itu adalah hak anda, apa yang penting anda perlu mempelajari cara mudah ini sekiranya anda ingin mencari wang tambahan dalam hidup anda. Mencari wang di rumah memang mudah bagi mereka yang mengetahuinya, tetapi agak asing bagi mereka yang selama ini hanya tahu bekerja dengan orang lain sahaja atau makan gaji.

Istilah ini boleh dikatakan, makan dulu baru dapat gaji. Namun dengan kaedah perniagaan ini anda boleh menerima wang setiap hari yang jumlahnya boleh anda tentukan sendiri. Kaedah mencari wang dari rumah memang banyak, jumlahnya mungkin beratus-ratus tetapi saya hanya ingin menerangkan SATU KAEDAH yang paling mudah.

Rahsianya ialah menjual melalui POS. Memang banyak sekali barang yang boleh dijual melalui pos, terdapat beribu-ribu jenis barangan daripada pensil, pakaian , lukisan, barang kraf, hinggalah kepada barangan yang besar seperti komputer. Tetapi saya ingin menerangkan hanya satu jenis barangan atau perkhidmatan sahaja di sini. Cara yang dimaksudkan ialah MENJUAL MAKLUMAT BERCETAK secara pos. Apakah maklumat bercetak ?

Maklumat ialah berupa sesuatu perkara yang diperlukan oleh semua manusia kerana semua perkara adalah maklumat. Contohnya isu semasa, berita , pelajaran, masakan, hobi, pakaian, fesyen, teknik, petua-petua dan macam-macam lagi . Seperti panduan yang anda baca sekarang, ia juga merupakan satu maklumat yang mana anda sanggup ‘ membayar ’ untuk memilikinya. Namun itu sekiranya anda mencarinya di laman lain. Di laman ini anda akan memperolehinya secara percuma sahaja.

Ianya hanya perlu ditulis sama ada anda mendapatkan kisah, cerita, kaedah melalui saudara mara, pembacaan ataupun dengan membuat penyelidikan sendiri, yang penting maklumat yang anda ada itu memang menarik untuk dibaca. Dengan itu ia boleh diulang cetak dan dijual kepada orang lain dengan harga yang lumayan. Maklumat-maklumat tersebut tidak semestinya berupa sebuah buku, majalah ataupun akhbar.

Maklumat tersebut mungkin hanya berasal daripada satu perkataan sahaja. Mungkin perkataan tersebut amat bermakna untuk membuat hidup seseorang menjadi bertambah baik, bahagia dan berjaya . Contoh perkataan keramat ialah seperti WANG, RAHSIA, BERJAYA. Dengan perkataan WANG ini anda boleh menghuraikan cara-cara memperolehi banyak wang.

Sesiapa sahaja yang berakal akan menjadi amat sensitif dengan perkataan seperti ini. Kita hidup di dunia yang mana didiami juga oleh berjuta-juta manusia yang mempunyai pelbagai keperluan dan keinginan bahkan jika boleh semua yang ada mahu dimiliki. Sekarang anda boleh belajar bagaimana anda boleh meukar keinginan dan pengetahuan anda itu menjadi wang . Tanpa keinginan semua perkara atau benda itu tadi tidak boleh dicipta.

Jika anda ada pengetahuan tertentu contohnya seperti menaip, menjahit, menyanyi, memasak, berniaga, berceramah, menulis, mengajar, memandu, bermain alat muzik, berlakon dan bermacam-macam lagi anda boleh menuliskan perkara tersebut di sini mungkin memerlukan berpuluh-puluh helai kertas. Cuba KENAL PASTI apa yang anda ketahui dan minati.

Buat sedikit penyelidikan dan tuliskan di atas kertas, kumpulkan maklumat berkaitan dan jika anda sudah berpuas hati bolehlah anda taipkannya dengan kemas . Jika anda tidak mempunyai komputer atau mesin taip, anda cubalah mendapatkan khidmat ini daripada kawan-kawan anda. Mungkin anda boleh mendapat khidmat percuma daripada mereka. Berikan tajuk menarik menggunakan perkataan seperti RAHSIA, HEBAT, PELUANG, WANG dan sebagainya. Anda mungkin seorang ibu, atau suri rumah dan anda boleh bercakap mengenai teknik menjaga bayi, petua-petua kesihatan, masakan atau cara-cara menggubah bunga.

Semua orang memang ada SESUATU yang mereka tahu . Kita hanya perlu menggunakan apa yang telah kita ada sahaja itupun sudah mencukupi. Kita selalunya hanya mencari-cari di luar tetapi tidak di dalam diri sendiri. Jika anda sudah menyiapkan tulisan anda itu, ia sudah boleh dicetak sama ada dengan cara fotokopi atau sebagainya. Anda perlu faham di dunia ini memang terdapat ramai orang yang mempunyai keinginan dan minat yang sama seperti kita.

Oleh itu, kita boleh menjadi pembekal maklumat kepada mereka dengan menjual maklumat yang kita ada. Maklumat anda itu mungkin ada hanya 2 muka surat sahaja . Itu tidak menjadi hal yang penting maklumat anda itu samada berguna atau tidak kepada mereka. Anda boleh menjual dengan harga RM10 atau RM20 , itu hak anda. Anda boleh menentukan sendiri nilainya. Untuk menjual maklumat anda tidak sukar kerana anda boleh mengiklankannya di dalam akhbar atau majalah tempatan.

Modalnya juga kecil hanya antara 20 hingga 100 ringgit malaysia sahaja untuk sekali iklan. Jika anda mahu menceburi perniagaan ini secara serius, anda hanya perlu mendaftarkan perniagaan anda dengan pejabat pendaftaran perniagaan dan dikenakan bayaran sebanyak RM50 sahaja . Cari nama perniagaan yang menarik dan sesuai , buka akaun bank, buat iklan , sediakan katalog jualan yang menyenaraikan harga jualan (panduan) maklumat anda itu. Balas dengan segera.

Pelajari sedikit demi sedikit. jika anda tekun dan tidak putus asa, akhirnya anda pasti boleh berjaya. Iklankan secara berterusan (gandakan iklan) . Laburkan semula wang anda untuk membuat lebih banyak iklan . Jika anda menyewa peti surat ia akan dipenuhi dengan surat dan juga pesanan yang mengandungi wang. Begitu juga jika anda menggunakan alamat rumah, posmen akan menghantar semua surat-surat sehingga di depan pintu rumah anda dan sebahagiannya pula merupakan pesanan untuk meklumat yang mengandungi wang pos, cek, wang tunai yang mana jumlahnya mungkin sehingga beribu ringgit sehari.

Jika anda banyak membuat iklan sudah tentu pesanan yang akan anda terima juga akan berterusan dan semakin meningkat dan banyak. Sanggupkah anda membiarkan wang yang begitu banyak terlepas begitu sahaja setiap hari apatah lagi keadaan sekarang yang mana anda sudah tahu cara untuk mendapatkannya. Itulah caranya untuk menukar atau pun menjadikan peti surat anda dipenuhi wang setiap hari. Mengapakah anda tidak mahu mencubanya sekarang? Berfikirlah dengan lebih bijak. Jangan lepaskan peluang di depan mata.

Sekian dahulu dari saya Mohamad Mustakhim Ismail. Sekiranya ada salah dan silap saya, saya mohon maaf yang tidak terhingga dari sahabat semua.. Sahabat, betulkanlah saya kiranya saya silap dan ajarilah saya kiranya sahabat merasakan ilmu saya masih terlalu cetek. Teruskanlah menyokong saya sahabat semua kerana tanpa sahabat sekalian, siapalah saya...

Memperolehi Sehingga RM750 Sehari Dengan Membaca Iklan Di Akhbar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua. Saya Mohamad Mustakhim Ismail mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan anda semua. Apa khabar anda semua sekarang? Bagaimana dengan kehidupan anda hari ini? Erm walau apa pun jawapannya, saya berharap sahabat semua berusahalah sehingga berjaya dan jangan mudah berputus asa. Setiap kejayaan yang kita dapat adalah setimpal dengan usaha kita. Lagi banyak kegagalan yang kita hadapi, lagi banyak ilmu dalam dada kita untuk menempa kejayaan yang kita impikan. Tanpa sebarang kegagalan, seseorang itu masih belum dapat dikatakan telah berjaya dalam hidup. Renungkanlah kata-kata saya ini sahabat.....

Sahabat, hari ini saya ada sesuatu untuk dikongsikan dengan anda semua. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya…

Sahabat sekalian, adakah anda tahu bahawa anda boleh memperolehi wang yang banyak hanya dengan membaca iklan rampaian atau klasifikasi dalam akhbar harian? Dengan membuat serta melakukan pemerhatian yang betul dan tepat kepada iklan-iklan tersebut akan menjadikan anda lebih cekap mengenai siapakah yang mahu menjual barang-barang mereka. Contohnya seperti perkakasan, barang antik, kereta, rumah dan apa sahaja.

Anda juga akan menemui siapakah yang mahu membeli barang-barang seperti itu. Rahsia pendapatan yang lumayan ini ialah dengan menggunakan iklan-iklan pendek tersebut sebagai salah satu peluang untuk mencari dan menemukan antara pihak yang mahu menjual kepada pihak yang mahu membeli atau sebaliknya.

Rahsianya ialah dengan membuat tindakan yang cepat dan anda mestilah bersedia untuk menghubungkan antara pembeli dan pihak penjual sebelum mereka sendiri bertemu antara satu sama lain tanpa bantuan daripada anda.

Jika anda berasa seronok dan gembira untuk melakukan perkara tersebut, cara ini merupakan satu peluang yang sungguh MENAKJUBKAN. Bekerja dalam bidang ini seolah-olah melakukan pekerjaan sebagai seorang penyiasat persendirian tetapi anda bekerja untuk mendapatkan klu (bayangan) mengenai apa yang orang miliki, ataupun apa yang mereka mahukan. Selalunya perkara ini agak rumit untuk dijalankan pada peringkat awal kerana anda tidak mempunyai pengetahuan dalam perkara ini.

Anda perlu belajar dan berlatih setiap hari untuk menceburi bidang ini. Tetapkan dalam fikiran anda bahawa setiap kali anda mengaturkan perjanjian, anda sedang membina reputasi anda sendiri sebagai seorang yang pakar mengenai perkara tersebut.

Akhirnya anda akan mempunyai kerjaya yang stabil dengan mempunyai pelanggan yang sentiasa berada dalam pasaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan. Keuntungan yang anda perolehi dengan mengaturkan jualan antara pelanggan tersebut mungkin ada yang tinggi dan mungkin ada yang rendah, semuanya bergantung kepada jenis barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan dan diperlukan. Walau bagaimanapun, ini akan memberikan aliran wang tunai yang segera kepada anda.

Apabila mereka telah mengenali anda, mereka ini akan menemui anda terlebih dahulu sebagai pilihan utama untuk mencari barang-barang atau perkhidmatan yang mereka perlukan. Perkhidmatan yang anda tawarkan akan menjadi jalan pintas kepada proses masa dan ia sangat berkesan bagi pengiklanan seperti ini.

Membuat perhubungan adalah satu perkara utama dan terpenting dalam hal ini. Dengan mengetahui atau mengenali individu tertentu, akan memudahkan kerja anda untuk berurusan dengan kedua-dua belah pihak ini. Ini akan memasukkan wang ke dalam poket anda dengan lebih cepat lagi.

Untuk perkhidmatan anda itu, anda boleh mengenakan bayaran pengaturan sebagai upah bagi usaha anda itu. Dengan itu, anda tidak akan terlepas peluang menerima bayaran apabila bayaran bertukar tangan. Anda boleh mengambil upah terlebih dahulu atau menerima bayaran pendahuluan (deposit). Anda perlu mengaturkan semua urusan pertemuan antara pihak penjual dengan pembeli dan anda sudah boleh menerima bayarannya. Jika anda banyak berjalan keluar kawasan, pelajarilah iklan-iklan klasifikasi walau ke mana jua anda pergi.

Anda mungkin akan menemui barangan yang mempunyai nilai jualan yang besar di kawasan tersebut. Jika anda tidak boleh mengaturkan pertemuan antara kedua pihak kerana disebabkan jarak yang jauh, anda mungkin boleh membeli barangan tersebut dengan harga yang murah dan menjualnya semula dengan harga yang mana anda boleh mendapat keuntungan yang lumayan. Tetapi ini harus sesuai dengan harga barangan sama ada ia masih baik, berkualiti ataupun tidak. Anda boleh memperolehi pendapatan yang sangat lumayan dengan cara ini.

Kami mengetahui individu yang telah sangat berjaya menggunakan kaedah ini sehingga beliau mampu hidup mewah dan memiliki kereta Mercedes dari model terkini (lampu bulat) . mengapa tidak mencubanya mulai sekarang. Anda boleh belajar secara kecil dan ia tidak perlukan modal kerana anda hanya perlukan kontek dan bijak bercakap serta sedikit wang untuk perbelanjaan sendiri.

Sampai di sini dahulu untuk perkongsian kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu dan ketika. Saya Mohamad Mustakhim Ismail ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan sahabat semua. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Sekian.

Pelaburan Dijamin Halal & Untung 100%

Assalamualaikum sahabat, hari ini saya Mohamad Mustakhim Ismail sukacitanya ingin berkongsi dengan sahabat semua satu ilmu yang amat berharga dan semoga bermanfaat kepada kita semua.

Di sini saya ada menyenaraikan beberapa bentuk pelaburan yang akan memberi pulangan kepada anda untuk satu jangka masa panjang (Long-Term Investment):

1. Anda berikan al-Quran pada seseorang yang anda kehendaki dan setiap kali al-Quran itu dibaca, anda akan mendapatkan hasanah.

2. Anda sumbangkanlah sebuah atau lebih kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda akan mendapat hasanah. Kalau tidak mampu, anda sedekahlah sejadah dan telekung ke masjid-masjid.

3. Anda boleh jua berkongsi bahan-bahan bacaan yang bermanfaat atau berciri ilmiliah dengan seseorang.

4. Anda bantulah mendidik dan mengajar seorang anak.

5. Anda ajarkanlah seseorang itu sebuah doa. Pada setiap kali murid anda membaca doa ajaran anda itu, anda akan mendapat hasanah.

6. Anda belilah CD Quran atau Doa kemudian kongsikanlah dengan sesiapa saja.

7. Anda libatkanlah diri anda dalam pembangunan sesebuah masjid.

8. Buanglah duri, ranting, kayu atau apa-apa sahaja yang menghalang perjalanan orang awam.

9. Anda tanamlah sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda akan mendapat hasanah.

10. Kemudian, anda sebarkanlah pesanan ini kepada orang ramai. Sekiranya seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, anda juga akan mendapat hasanah sampai ke hari Qiamat. Jika anda tidak menyebarkan pun tidak mengapa..sekurang-kurangnya anda dapat ambil manfaat daripadanya...Saya Mohamad Mustakhim Ismail mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anda semua sahabat-sahabat saya sekalian.Sekian dan jumpa lagi…

Jadilah Pelabur Yang Bijak..

18 Ogos 2007

Memperolehi RM 10,736 Dengan Mengutip Barang Terpakai / Lama Di Rumah Anda

Assalamualaikum semua..Apa khabar?Hari ini saya ingin sekali lagi berkongsi dengan anda rahsia kuno yang biasa untuk menjana pendapatan anda hingga dikatakan luar biasa. Saya Mohamad Mustakhim mengatur langkah dan kiranya ada kesilapan saya menyusun sepuluh jari memohon maaf dan tunjuk ajar yang sebenarnya..

Sahabat, jika anda menjadi seperti kebanyakan daripada kami, anda mungkin boleh mengeledah dan mencari sesuatu barang yang sudah lama tersimpan di rumah anda. Sama ada ianya kepunyaan atau pemberian ibu anda, nenek anda, mak long anda atau sesiapa sahaja. Mungkin barangan tersebut sudah lama tersimpan dan berlapuk atau berdebu di dalam almari, fail dan tempat simpanan barang. Mungkin ibu anda sudah lupa dan anda terjumpa ‘ harta ’ tersebut . Apakah maknanya ?

Anda mungkin tertawa dan hampir tidak percaya apabila diberitahu sekarang. Apa yang dimaksudkan adalah perkara biasa, ianya adalah SEJENIS RESEPI LAMA. Mungkin resepi kuih-muih, resepi masakan lauk-pauk, makanan tradisional dan sebagainya. Mungkin selama ini anda berpandangan bahawa benda-benda seperti tidak ada nilainya atau tiada siapa yang menginginkannya.

Anda mungkin tersilap besar kerana masih ramai orang yang mahu mengetahuinya. Malah anda boleh pula memperolehi ganjarannya yang lumayan apabila memberitahu kepada orang lain. Anda boleh memperolehi wang yang sangat banyak dengan menjualnya.

Mungkin resepi yang anda miliki itu sudah berusia bertahun-tahun, mungkin berpuluh tahun. Adakah anda tahu bahawa dengan mengiklankannya di tempat yang betul akan menjadikannya seperti goreng pisang panas di mana ramai orang yang akan membelinya. Dengan hanya membuat iklan kecil di dalam majalah atau akhbar mingguan ianya boleh mendatangkan hasil yang lumayan.

Majalah untuk wanita dan akhbar mingguan yang luas pengedarannya yang mungkin berpuluh ribu seminggu atau sebulan boleh menghasilkan pulangan lumayan kepada anda jika membuat iklan di dalamnya.

Walaupun hanya satu atau dua peratus sahaja jumlah pembaca yang membelinya daripada ribuan atau jutaan pembaca ianya sudah boleh menghasilkan pendapatan yang sangat besar kepada anda. Saya Mohamad Mustakhim Ismail memohon komen dan tunjuk ajar dari anda sahabat semua tentang maklumat dalam blog saya demi kemajuan bersama di hari mendatang. Jumpa lagi…

Rahsia Menukar Hobi Dan Kemahiran Kepada Wang Lumayan Setiap Bulan

Assalamualaikum semua, Saya Mohamad Mustakhim Ismail mengharapkan anda semua berjaya dalam hidup dan mengecapi semua impian hidup anda...Dalam laman blog ini anda akan perolehi pelbagai maklumat hebat yang bernilai beribu dollar malah mungkin akan mencecah jutaan dollar kelak secara Percuma..Apa yang saya ingin kongsikan dengan anda sekarang? Teruskan pencarian anda dalam laman ini...

Sahabat sekalian yang dihormati, orang yang telah berjaya membina kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada minat dan kebolehan mereka untuk melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat. Bayangkan bagaimanakah perasaan anda apabila anda disuruh melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak minat untuk melakukannya. Sudah tentulah hasil yang anda perolehi tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak sempurna dan selesai. Oleh itu tidak hairanlah jika anda mendapati ramai orang sering bertukar-tukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut . Mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan jiwa dan minat mereka.

Ada juga sebilangan besar manusia melakukan kerja yang mereka tidak sukai hingga ke akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak berlaku perubahan. Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya dalam kehidupan anda, sudah tentulah anda sepatutnya memilih bidang kerjaya yang anda minati. Contohnya berniaga. Anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu anda sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tidak berpengalaman sebelum ini dalam bidang yang anda ceburi.

Walau bagaimanapun, perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Malahan anda juga boleh menjadikan apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung. Contohnya anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.

Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir. Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.

Jika anda seorang mekanik,anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang jurueletrik. Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tuisyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan, mengadakan kertas kerja dan kursus. Jika anda seorang jurufoto, anda juga boleh mengadakan kelas dan kursus fotografi.

Jika anda seorang peladang, petani, penternak anda boleh mengadakan satu program lawatan ke ladang , pusat ternakan sebagai satu pakej pelancongan. Jika anda seorang penulis, anda boleh mengadakan khemah kerja, kursus penulisan dan sebagainya. Jika anda seorang pemandu, anda boleh mengadakan kursus pemanduan berhemah. Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan, mengadakan seminar perniagaan, pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.

Jika anda seorang penulis pelan anda boleh mengambil upah melukis pelan rumah, mengajar melukis pelan dan lain-lain. Jika anda seorang akauntan , anda boleh mengambil upah perakaunan daripada syarikat-syarikat kecil. Jika anda seorang peguam, anda boleh mengambil upah untuk khidmat berbagai perkara dalam bidang guaman. Jika anda seorang penyanyi, anda boleh mengadakan bengkel atau kelas vocal, mengadakan pertandingan nyanyian dan sebagainya. Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud dalam diri sendiri.

Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja hobi dan kemahiran, anda boleh temuinya jika anda menjadikannya sebagai satu peluang perniagaan. Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu, anda masih mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan menjadikannya sebagai satu bidang perniagaan. Anda boleh mengambil kontrak secara kecil-kecilan dahulu. Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba. Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.

Anda boleh melihat dan mengambil sedikit petua daripada cerita ini nanti. Dulu (7-8 tahun) kawan saya adalah seorang yang tidak mempunyai apa-apa lagi setelah kerugian besar dalam saham dan perniagaannya. Ketika itu umurnya baru 27 tahun dan tidak mempunyai pendidikan yang tinggi . Kawan saya ini banyak terdedah dengan dunia perniagaan kecil-kecilan dan pernah bercita-cita untuk memiliki sebuah perniagaan yang besar. Malah kawan saya sanggup bekerja dalam tempoh yang agak panjang untuk mengumpul wang. Malangnya, kawan saya telah tertipu dalam pasaran hadapan dan semua simpanan hasil dari penat lelahnya habis begitu sahaja. Akhirnya setelah bosan berhempas pulas bekerja, kawan saya telah memikirkan cara untuk mencari wang dengan lebih mudah lagi, walaupun bunyinya agak asing dan luar biasa namun ini bukan perkara mustahil untuk dilakukan. Kawan saya telah mendapat satu idea setelah membaca sebuah buku bertajuk ‘ THE LAZY WAY TO A MILLIONS ’.

Tajuknya amat memikat hati kawan saya untuk membelinya walaupun harganya agak mahal iaitu lebih daripada seratus ringgit, bahkan halangan yang paling besar bagi kawan saya ialah dia tidak fasih berbahasa Inggeris. Tetapi kawan saya tetap mahu mencuba, dan setelah selesai membaca buku tersebut kawan saya telah mendapat satu idea melalui salah satu hobi iaitu fotografi. Kawan saya pun mencari bahan menulis tip-tip atau panduan mencari wang melalui bidang fotografi. Kawan saya hanya menulis dalam bentuk mudah sebanyak 4-5 muka surat sahaja dan menjualnya secara pos.

Percubaan tersebut telah mendapat sambutan yang agak baik juga dan dari situlah kawan saya tadi telah mendapat banyak lagi idea untuk menulis dan melalui pembacaan dan pengalaman kawan saya selama beberapa tahun sekarang dia sudah mahir untuk menulis mengenai pelbagai perkara dalam bidang perniagaan dan yang berkaitan dengannya. Malah kawan saya tadi sudah boleh menulis beberapa panduan setebal 2 hingga 10 muka surat dalam masa beberapa jam sahaja . Jika dia menjual dengan harga RM20 sahaja untuk satu panduan ini sudah memadai. Bahkan bukan mustahil untuk menjual sehingga beberapa ratus naskah dalam sebulan. Dari dulu lagi kawan saya telah menjual beberapa ratus naskah buku setiap bulan dan memperolehi pendapatan yang begitu lumayan dengan hampir tidak melakukan sebarang pekerjaan kerana dia telah mengupah (membayar gaji) orang lain untuk membuat kerja-kerja tersebut.

Jadi sebenarnya anda boleh meniru cara kawan saya ini melakukan dan mengubah idea-ideanya menjadi satu panduan bercetak dan menjualnya secara pos. Untuk menulis bukannya sukar sangat kerana anda hanya perlu menulis apa yang anda fikirkan dan menyemaknya semula kemudian. Saya sendiri hanya menulis di atas meja makan di rumah saya menggunakan komputer buku (note book computer) . Dulu semasa saya tiada komputer saya mengupah orang lain untuk menaipkannya.

Setelah saya mampu membeli sebuah komputer dan belajar menggunakan komputer melalui buku-buku, kerja-kerja menulis telah menjadi semakin mudah dan saya boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja. Walaupun belum menjadi jutawan tetapi hidup saya begitu menarik dan rileks. Anda juga boleh mengecapi kehidupan yang hebat ini kelak. BERTINDAKLAH SEKARANG !! Saya Mohamad Mustakhim Ismail mengharapkan terus sokongan anda..Sila kunjungi saya lagi di laman ini...Sekian terima kasih sahabat.....

Teknik RAHSIA Menjual Buku Melalui Pos Yang Sangat Menguntungkan

Assalamualaikum saudara dan saudari yang dihormati lagi disegani sekalian.Apa khabar anda semua hari ini? Sudah lama kita tidak berjumpa..Saya harap anda semua dalam keadaan sihat dan ceria selalu hendaknya...Saya Mohamad Mustakhim Ismail sekali lagi menampilkan rahsia hebat untuk dikongsi bersama sahabat semua..Harap dapat memberi manfaat kepada kita semua. Semoga juga menjadi amal jariah saya dan mereka yang telah berkongsi rahsia ini dengan saya suatu ketika dahulu...InsyaAllah..

Untuk pengetahuan semua, jumlah buku yang dijual melalui pos oleh usahawan pos kecil-kecilan semakin meningkat jumlahnya setiap tahun. Jumlah jualan setiap tahun untuk tempoh lima tahun lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 30 % . Kaedah baru yang digunakan telah menjadikan peningkatan yang luarbiasa daripada sebelumnya. Salah satu cara yang digunakan untuk menawarkan banyak koleksi buku ialah dengan menggunakan mini katalog, yakni dengan memasukkan katalog tersebut ke dalam pesanan yang telah dibuat oleh pelanggan.

Mini katalog biasanya ialah kertas saiz A4 ataupun 8 1/2 kali 11 inci yang kemudian dilipat dua atau pun tiga lalu dimasukkan kedalam sampul surat yang berisi pesanan buku yang diminta oleh pembeli. Ianya juga boleh dimasukkan ke dalam majalah ataupun akhbar yang dijual oleh pengedar.

Ataupun ianya juga boleh diedarkan terus kepada pelanggan melalui pos dengan membuat iklan-iklan terlebih dahulu. Semua kaedah ini memang sangat menguntungkan untuk dilaksanakan. Mini katalog anda harus mempunyai 1,2,atau 3 muka surat. Pada muka surat pertama anda hanya perlu menerangkan serba sedikit mengenai buku-buku yang anda tawarkan, ceritakan tajuk dan faedah yang boleh diperolehi jika membaca dan membeli buku tersebut.

Dimuka surat kedua anda boleh menyenaraikan tajuk buku dan juga harga-harganya. Seterusnya dimuka surat berikutnya, letakkan pula borang pesanan dan cara-cara untuk membuat bayaran dan pesanan. Sertakan nama dan alamat surat menyurat. Setiap senarai yang ditawarkan hendaklah disertakan keterangan pendek supaya pembaca boleh memahami dan mendapat faedah.

Katalog mini anda itu hendaklah dibuat dengan kemas dan bertaip menggunakan bentuk tulisan dan saiz yang menarik, jika boleh sertakan juga gambar-gambar grafik yang menarik. Bagi setiap helai adalah lebih baik jika dicetak dengan warna yang berlainan. Dalam satu penyelidikan yang telah dibuat tidak lama dahulu mendapati, katalog yang dicetak dengan kertas bermutu akan dapat menambahkan lagi hasil jualan buku anda.

Syarikat-syarikat besar menawarkan katalog yang telah disediakan oleh mereka sendiri. Syarikat-syarikat tersebut adalah seperti berikut : PREMIER PUBLISHERS of Fort Worth, Texas USA dan WILSHIRE BOOKS di N.Hollywood, CALIFORNIA, USA , atau anda boleh menghubungi ICEMALL BOOKSTORE di http:/www.icemall.com. Tulis surat kepada mereka atau menghubungi melalui internet dengan menyatakan keinginan anda untuk menjadi pengedar mereka.

14 Ogos 2007

Rahsia Menjadi Orang Cemerlang Dalam Hidup

Assalamualaikum….. Saya harap anda dalam keadaan sihat , ceria, bahagia dan senyum selalu..Saya Mohamad Mustakhim Ismail hari ini ingin berkongsi dengan anda beberapa tips demi kejayaan hidup secara menyeluruh. Mempunyai wang yang banyak sahaja tidak menjamin kita untuk hidup bahagia jika kita jauh dari Yang Maha Kuasa. Saya mengharapkan kepada diri saya sendiri dan anda semua untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Tuhan. Moga hidup lebih diberkati dalam mencari erti kekayaan yang sebenar. Sama-sama kita renungkan.……

Berikut ini adalah beberapa tips yang dipetik dari seminar Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah iaitu salah seorang pakar motivasi Malaysia yang terkenal.

TATACARA MAKAN & MINUM.
1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tidak kira siapa. InsyaAllah, Allah akan lipat gandakan rezeki kita.

2. Sebelum tidur kita berdoa (bergantung kepada apa yang kita hendak) sepanjang tidur. Otak kita akan memproses segala impian kita dan InsyaAllah kita akan berusaha ke arah itu (ada semangat) di esokan harinya.

3. Makan buah-buahan sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam adalah mengikut Sunnah dan dapat pahala. Merujuk kepada pakar pemakanan, vitamin C dari buah-buahan yang dimakan selepas sarapan, dan makanan yang akan diperolehi adalah hampir hilang zatnya.

4. Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan dan makan). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi tegukkan yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut selama 10 saat kemudian baru ditelan. Tegukkan kedua seterusnya bolehlah diminum terus sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut yang tadinya dibawa oleh air tegukan pertama.

5. Seelok-eloknya makan malam adalah sebelum waktu maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja baginda makan masa maghrib), sebab bagi mereka yang masih belajar atau sekolah (anak-anak atau siapa sahaja), otak akan berfungsi dengan cemerlang (senang faham dan ingat lebih kurang 2 jam selepas makan, jadi jika makan pada pukul 8:30pm, lebih kurang 10:30pm baru mula belajar dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tidak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. (orang Cina makan malam pada masa ini). Juga, kita tidak tidur dalam kekenyangan (yang mana boleh menghindarkan diri kita dari mengerjakan sembahyang malam).

TATACARA DALAM BILIK AIR ATAU TANDAS
1.Selepas buang air kecil, berdehem-dehem 3x (teran sikit) boleh mengelakkan diri daripada mendapat penyakit batu karang .

2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri mengikut sunnah nabi s.a.w Sebabnya apabila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder & senang untuk membuang air besar .

TATACARA MENDIDIK ANAK
1. Antara tips untuk mendapat anak yang bijak atau genius, ajarkanlah anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan sebab jantung(yang terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang atau lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak anak akan berkembang dengan baik.

2. Bagi anak-anak yang sudah azalinya aktif atau hyper-aktif, kurang (atau jangan) pakaikan baju warna oren sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (anak. akan jadi lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

TATACARA MENDIDIK DIRI SENDIRI
1.Amalkan apa sahaja perbuatan mahupun perkataan yang baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau lebih secara berturut-turut. Rasullullah (s.a.w) bersabda: “ setiap akan menjadi tabiat dan kalau tidak ilmu itu akan mati”.

2. Buanglah segala rasa hasad dan dengki, dendam dan lain-lain rasa yang tidak baik. Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline secara berlebih-lebihan, cortisone & toxine yang mana ini semua boleh membawa kita kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia YANG UTAMA :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam.

TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam.

CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam.

Sekian daripada saya pada kali ini. Semoga kita bejumpa lagi di lain waktu… Diharapkan informasi yang terkandung dalam laman blog ini memberi manfaat kepada anda semua… Saya Mohamad Mustakhim Ismail memohon tunjuk ajar daripada anda semua demi kemajuan bersama..



Jumpa lagi...

13 Ogos 2007

Rahsia Mencipta Produk Yang Murah Dan Memperolehi Keuntungan Dari 500% - 3000%


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda di atas kesudian anda mengunjungi laman blog saya. Bertemu kita sekali lagi dalam satu-satunya laman blog yang memberi informasi yang amat bernilai kepada anda secara percuma tentang idea, kaedah dan tips-tips untuk anda bebas menjana wang dalam kehidupan anda. Saya Mohamad Mustakhim Ismail sedia berkongsi dengan anda pelbagai maklumat berguna secara percuma untuk menarik wang banyak secara bebas dalam kehidupan umpama air sungai yang mengalir.

Apakah itu produk yang mudah untuk dibuat atau dicipta dengan hanya menggunakan kos yang murah tetapi berupaya menghasilkan keuntungan atau pulangan yang amat tinggi. Malah tidak perlu pula sama sekali menyimpan stok barangan untuk dijual. Bagaimana untuk memperolehi keuntungan dari 500% hingga 3000% . Ia sama juga dengan 5 hingga 30 kali ganda daripada kos pengeluarannya. Sangat jarang dalam mana-mana perniagaan yang boleh menghasilkan keuntungan yang tinggi seperti ini. Jika ada pun ia memerlukan banyak kos sampingan seperti kos peralatan, tenaga kerja kilang, bahan mentah dan sebagainya. Malah dengan menggunakan sistem atau kaedah ini anda boleh menghasilkan produk anda sendiri tanpa perlu menggunakan sebarang kos berupa wang dan sebagainya . Bahan yang diperlukan hanyalah IDEA atau BUAH FIKIRAN sahaja. Selain dari itu anda cuma hanya memerlukan kertas dan juga pen . Inilah sahaja bahan-bahan asas dan utama yang diperlukan untuk menghasilkan produk anda itu nanti.

Apakah produk yang dimaksudkan itu?

Produk yang dimaksudkan itu ialah INFORMASI@MAKLUMAT . Tahukah anda apa itu maklumat ? Maklumat adalah perkara yang digunakan dan diperlukan oleh manusia dalam setiap aspek kehidupan. Tidak ada manusia yang hidup tanpa menggunakan sebarang maklumat atau informasi di dalam kehidupan mereka seharian . Maklumat terbahagi kepada pelbagai jenis. Ada yang sangat penting , sederhana penting, kurang penting dan tidak penting. Jika anda mahu mendapat keuntungan yang tinggi, umpamanya dari 500% hingga 3000%, pilihlah hanya produk INFORMASI yang PENTING sahaja.INFORMASI atau maklumat yang penting ialah maklumat yang sangat dikehendaki oleh orang ramai yang mempunyai PASARAN MELUAS. Dengan menawarkan maklumat penting seperti ini sudah tentu akan memberikan hasil atau pulangan yang tinggi. Itulah RAHSIA ASAS.

Apakah Itu Maklumat Yang Penting ?

Maklumat yang penting dan dikehendaki oleh orang ramai ialah maklumat yang boleh membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh orang ramai. Umpamanya jika seseorang itu mempunyai masalah kesihatan , anda perlu menawarkan maklumat yang boleh membantu mengatasi masalah kesihatan mereka.Jika seseorang menghadapi masalah mencari pekerjaan , anda perlu menawarkan cara-cara dan teknik untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan. Begitu juga jika seseorang itu menghadapi masalah kecantikan, masalah dalam perhubungan suami isteri dan pelbagai jenis lagi masalah yang dihadapi oleh seseorang. Maklumat tersebut boleh ditawarkan di dalam pelbagai bentuk seperti ubat-ubatan, kaunseling, dalam bentuk dokumentari atau rencana bergambar dalam bentuk penulisan atau bahan bercetak, pita kaset, pita video dan sebagainya. Bagi mengeluarkan atau menghasilkan sendiri produk seperti ini sebaiknya anda pilihlah cara yang TERMUDAH , TERMURAH DAN SELAMAT.

Apakah Itu Produk Mudah, Murah dan Selamat Serta Bagaimanakah Menghasilkannya ?

Produk yang murah dan mudah untuk dihasilkan ialah dalam bentuk bahan bercetak dan bertulis. Ia boleh dicetak di atas kertas kemudian disimpan dalam kaset, CD ROM, pita kaset, pita video dan lain-lain. Jika dibuat salinan pendua (fotostat) ini mungkin hanya mengandungi 3 hingga 25 muka surat sahaja. Jika satu muka surat kos mencetaknya hanyalah RM0.05 sen, ini bermakna kos pengeluaran hanyalah di antara RM0.15 sen hingga RM1.25 bagi satu produk. Jika dalam bentuk DISKET KOMPUTER 3.5’’ , kosnya hanya antara RM0.50 sen hingga RM1.20 sahaja. Jika dibuat dalam bentuk CD ROM, kosnya hanya antara RM0.80 sen hingga RM5.00. Jika dalam bentuk kaset, kosnya antara RM1.00 hingga RM3.50. Jika anda sudah memiliki MAKLUMAT@INFORMASI yang dimaksudkan , anda tidak perlu menyimpan sebarang stok dan melonggokkan semua wang anda di situ. Itu cara lama dan membazir sahaja. Cara selamat yang lain ialah menggunakan kaedah PRINT ON DEMAND jika dalam bentuk bahan bercetak di atas kertas. Anda hanya perlu menyimpan salinan MASTER COPY sahaja. Jika dalam bentuk disket komputer anda hanya perlu COPY ON DEMAND iaitu hanya perlu membuat salinan baru ke dalam disket 3.5 inci terus dari cakera keras atau hard disk drive anda. Jika dalam bentuk CD ROM bentuknya adalah sama seperti menggunakan disket komputer. Hanya perlu dikeluarkan , dicetak dan disalin apabila ada permintaan sahaja. Jadi anda tidak perlu menyimpan apa-apa stok. Jika dibuat dalam bentuk pita kaset , anda hanya perlu menyimpannya dalam MASTER TAPE sahaja , kemudian jika ada permintaan barulah anda menyalinnya ke dalam pita kaset lain yang masih kosong dengan menggunakan perakam radio kaset dalam rumah anda. Pada masa ini, hampir setiap orang memiliki perakam radio kaset di rumah. Jika tidak pernah anda gunakan, maka sekaranglah masa untuk anda memanfaatkannya demi kebaikan anda.

Bagaimana Memperolehi Keuntungan 500% hingga 3000% ?

Ini adalah masa yang sangat dinanti-nantikan. Untuk memperolehi keuntungan setinggi ini, peranan yang paling penting sekali adalah dengan meninjau-ninjau keadaan pasaran. Produk apakah yang telah sedia ada di pasaran dan mampukah produk anda menarik minat orang ramai. Rahsia utama untuk memperolehi keuntungan yang tinggi ialah bagaimanakah caranya anda meletakkan harga kepada produk anda itu. Jika produk anda itu dihasilkan anda dengan kos sebanyak RM2, anda boleh menjualnya dengan harga antara RM20 hingga RM60 setiap satu. Jika kos pengeluaran seperti mencetak , menyalin ke dalam disket, menyalin ke dalam CD ROM kosnya adalah RM0.80 sen bagi satu keping DISKET dan CD ROM –W anda boleh menjualnya dengan harga yang tinggi sebanyak 10 hingga 30 kali ganda dari harganya.

Jika sehari anda boleh menjual 5-10 naskah panduan berupa INFORMASI/ MAKLUMAT yang kosnya hanya RM0.80 sen dan anda menjual dengan harga RM20 – RM30, pendapatan anda ialah dari RM200 hingga RM300 SEHARI. Itulah kelebihan menjual produk dalam bentuk INFORMASI@MAKLUMAT. Walaupun ada saingan , anda masih selamat kerana produk anda adalah milik anda dan anda yang mengawalnya sendiri. Anda boleh keluarkannya sendiri dengan cara yang amat mudah. Sekian daripada saya pada kali ini dan Selamat Mencuba sehingga berjaya. Saya mendoakan kejayaan anda. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari. Nantikan idea hebat dari saya selepas ini….. Saya Mohamad Mustakhim Ismail amat mengharapkan sokongan dari anda. Sila kunjungi lagi laman blog ini bagi mendapatkan informasi berguna secara percuma.
SEKIAN..., TERIMA KASIH di atas kunjungan anda.

11 Ogos 2007

Mencetak Wang Secara Sah


Mencetak Wang Secara Sah

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera kepada yang bukan islam yang melawati laman blog saya.Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana pengunjungan anda di sini.

Tanpa membuang masa, saya ada panduan untuk dikongsikan bersama-sama anda sekarang. Anda bacalah dan ambillah manfaat darinya jika ada. Untuk pengetahuan anda, terdapat satu jenis produk yang merupakan produk paling sempurna untuk pemasaran terus atau gaya pos. Anda sungguh bertuah kerana anda berpeluang untuk belajar membuat produk yang murah, mudah dan dikawal dengan mudah melalui blog ini.

Bagaimanakah Caranya Untuk Kita Cetak Wang Setiap Hari? Mudah dan selamat dari tindakan undang-undang. Tapi ingat, saya bukanlah ingin cuba mengajar anda untuk melakukan sebotaj. Ini adalah salah satu kesalahan besar bagi setiap negara yang berdaulat. Sudah pasti saya tidak akan mengajarkan anda teknik atau rahsia yang boleh membahayakan kehidupan anda sendiri....Seperti yang anda ketahui atau sedia maklum, mencetak wang ringgit palsu merupakan satu kesalahan yang amat besar. Perbuatan ini boleh mengugat keseimbangan pengaliran ekonomi dalam sesebuah negara. Anda boleh disumbatkan ke dalam penjara sekiranya benar anda didapati bersalah melakukan jenayah ini. Hanya kerajaan sahaja yang dibenarkan mencetak wang sebanyak mana yang mereka mahu.

Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan perkara yang sebaliknya secara sah iaitu dengan menukarkan kertas biasa kepada produk maklumat yang boleh dijual. Apakah itu produk maklumat? Ianya adalah berupa buku, manual, laporan kecil, video, kaset, disket atau CD yang bermaklumat dan sebagainya. Kaset rakaman yang boleh didengari tanpa memerlukan kos pengeluaran yang tinggi untuk penghasilannya boleh juga dijadikan produk.

Apakah yang diperlukan untuk menceburkan diri dalam bisnes ini? Apa yang anda perlukan ialah maklumat yang diperlukan oleh orang lain. Hari ini, komputer peribadi dapat memudahkan lagi tugas anda untuk menyediakan produk maklumat tetapi anda juga boleh menggunakan mesin taip lama untuk menyediakan produk tersebut. Anda jangan terkejut jika saya katakan produk maklumat adalah salah satu bisnes yang cukup menguntungkan. Pasaran untuk produk ini cukup luas dan disebabkan skopnya yang begitu luas maka anda mempunyai pesaing yang kurang. Jadi, peluang untuk anda berjaya dalam bisnes ini adalah CUKUP CUKUP CUKUP CERAH.

Kebanyakan produk seperti ini berkisar mengenai hobi dan minat pada masa lapang. Contohnya, Patti Carlson memperolehi wang berjuta dollar hanya melalui bukunya yang bertajuk “Bagaimana Bermain Piano Dengan Senang” yang dijualnya melalui televisyen di Amerika Syarikat. Baru-baru ini, Robert Laughlin menjual satu kursus belajar di rumah bertajuk “ Bagaimana Memainkan Lagu Pujaan Anda Dengan Piano- Hanya 3 Jam. Atau “100 Resepi Lazat Hawai Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah” adalah satu buku kecil yang diiklankan dan dijual melalui iklan kecil di majalah wanita dan tabloid. Produk maklumat juga menjadi tarikan dalam bisnes dan pekerjaan. Joe Sabah berjaya menjual ribuan bukunya yang bertajuk “Bagaimana Mendapat Kerja Yang Anda Idamkan Dan Majikan Menelefon Anda” dengan menjadi tetamu dalam siaran radio. Ia juga merangkumi topik seperti kesihatan dan senaman, perlindungan diri dan keluarga, pelancongan, kecantikan dan fesyen.

Topik yang perlu anda tulis mestilah sesuatu yang anda tahu atau mempunyai pengalaman terhadapnya. Jika tidak anda boleh membuat kajian mengenai topik yang anda rasakan mempunyai potensi untuk dijual. John Smith merupakan seorang penceramah professional yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengiklanan, pemasaran dan jualan. Beliau juga mengetahui bagaimana untuk mendapat tempahan yang banyak daripada orang ramai. Melalui pengalaman yang sedia ada ini, beliau menulis 4 muka surat laporan istimewa dalam beberapa topik yang dikhususkan untuk penceramah-penceramah;

Bagaimana Mencari Pasaran Baru Untuk Bisnes Ceramah Anda
Bagaimana Menulis Surat Ringkas Supaya Organisasi Menelefon Anda Dengan Segera
Bagaimana Menggandakan Pendapatan Anda Dengan Menjual Produk Ceramah
17 Kesalahan Besar Dilakukan Penceramah Keatas Brosur Dan Kaset Demo


Bukan itu sahaja malah masih terdapat lebih kurang 20 topik yang beliau boleh tulis daripada subjek CERAMAH sahaja! Laporan ini beliau jual dengan harga dari $3 hingga $15 setiap satu. Setiap satu hanya beberapa muka surat dan tidak lebih daripada 10 muka surat sahaja. Beliau juga menjalankan percetakan atas permintaan. Ini bermakna beliau tidak mencetak dengan banyak atau membuat simpanan stok. Beliau menyimpan salinan asli dalam satu fail dan apabila ada pesanan ke atas sesuatu topik beliau fotostat di kedai fotostat yang berdekatan, kemudian masukan salinan ke dalam sampul surat akhirnya poskan sahaja. Melalui bisnes kecil ini sahaja yang disasarkan kepada lebih kurang 2000 penceramah beliau berjaya menghasilkan lebih kurang $11,000 sebulan untuk dirinya. Ada yang memesan satu, dua atau sepuluh laporan dari beliau. Satu laporan yang dijual sebanyak $3 hanya bermodal sebanyak $0.40 fotostat dan $0.20 untuk diposkan. Daripada $11,000, hampir keseluruhannya adalah keuntungan!

Jika anda mahu memulakan kerjaya dalam bisnes gaya pos ini, anda boleh mencontohi teknik yang telah dilakukan oleh John Smith. Dengan menggunakan kertas dan dakwat, beliau mempunyai satu cara paling mudah “mencetak wangnya sendiri”. Jangan membazirkan masa anda dengan menunggu sehingga bertahun-tahun lamanya untuk menulis sebuah produk informasi ini kemudian mencetak dengan banyaknya.Kemudian termangu-mangu kerana tiada siapa yang mahu membelinya.

Berfikir dengan lebih bijak, siapkan beberapa topik dari subjek yang anda minati. Sediakan dan simpan salinan asal dan fotostat salinan asal tersebut setiap kali jika anda pesanan untuk diberikan kepada pelanggan anda. Bukankah ini satu cara yang terbaik untuk anda mendapatkan pendapatan yang lumayan? Fikir-fikirkanlah. Anda yang menentukan masa depan anda. Di mana anda berada dan siapa anda kelak. Nantikan panduan berikutnya dari saya beberapa hari lagi. Jika anda ingin mendapatkan tips-tips menambah kewangan atau pendapatan, maka blog saya ini adalah salah satu caranya untuk anda. Sekian dahulu dari saya Mohamad Mustakhim Ismail.Selamat Mencuba Sehingga Anda Berjaya. Jumpa lagi di lain hari.



10 Ogos 2007

Wang Blog Dengan Google


Selamat datang ke blog saya. Dalam blog ini anda akan di tambahkan pengetahuan anda tentang cara-cara mendapatkan wang terutamanya dengan penggunaan sistem perniagaan mail order dan google adsens. Segala kandungan dalam laman blog ini bernilai lebih dari ribuan dollar. Namun saya kongsikan dengan anda secara PERCUMA. Anda boleh menggunakannya untuk menjana wang sebanyak mungkin dan sebebasnya dalam kehidupan anda mulai sekarang. Ibarat air sungai yang mengalir. Ini sekaligus akan membawa anda ke medan JUTAWAN....... Jumpa lagi.